Friday, May 14, 2010

cintaku..

Apa matlamat saya utk masa akan datang??
mmm.. ^_~
1. ingin menjadi hamba yg taat dan patuh dgn perintah ALLAH.. Sentiasa berusaha menjadi hamba yg beriman dan bertaqwa, InsyaAllah..
2. ingin menjadi anak solehah, penyejuk hati mak&ayah, nk jaga mak ayah sebaik mungkin.. aamiin
3. nk sambung blajar lg...
4. ingin menjadi isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran suami.. nasihat suami dijadikan pakaian, kesalahan suami dibetulkan, penghibur suami di waktu kesusahan.. aminn.. ^_^
5. ingin menjadi ibu solehah n mithali pd anak2...

Setiap org impikan yang terbaik dlm kehidupan, tetapi tiada manusia yg sempurna, tiada manusia yang sunyi dari masalah dan kesempitan melainkan manusia itu sentiasa bersyukur atas segala yang di perolehinya..
Saya yakin, setiap org pernah mengalami keadaan sukar, keadaan buntu, terasa lemah utk terus hidup, terasa sunyi, berasa tertekan, marah, sedih, tetapi ingat,itulah hakikat kejadian kita di atas muka bumi ini.. Utk di uji dan di nilai supaya kita mendapat balasan di akhirat kelak..
Oleh itu, redhalah dgn segala ketentuanNya.. Yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita keseorangan, serahkanlah segalanya pd Allah yang maha mengetahui segala sesuatu yg tersembunyi, tersurat dan tersirat..
Yakinlah, pasti ada jalan keluar pada setiap masalah dan kesusahan.. kerana Allah telah berjanji, barangsiapa yg bertawakkal pada Allah, pasti baginya jalan keluar.. sabarlah pada setiap ujian kerana itu mendekatkan kita pada Allah, menguatkan rasa cinta padaNYA..
Senyumlah.. senyum kerana terluka, menangis kerana takutkanNya.. =')

No comments:

Post a Comment