Thursday, August 12, 2010

palestine...



Palestine tercinta...

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu

Munsyid : Shoutul Harokah
Album : Tak Kenal HENTI !!!



Menghayati bait2 lagu ni, mmbuatkn sy trfikir, apakah sumbangan saya utk rakyat Palestine.. ='(
Pilu rasa hati ni bila mngenangkn nasib rakyat2 Palestine, tp apa sumbangan sy? ..................

Lemahnya iman... masalah hati pon xmampu nk di settle kn lg, apatah lg mahu berjuang mempertahankan agama Allah... sy sedar, terlalu byk dosa n kesilapan yg sy lakukan, terlalu memikirkan perkara2 remeh yg langsung x membantu membangunkn Islam... Sedih bila mengenangkn kmbali, air mata ini hanya di curahkn kepada perkara2 yg bodoh n xbermanfaat.. Ya Allah, bimbinglah aku serta sahabat2 ku, utk terus bersemangat membela AgamaMU..
Kuatkn semangat kami, pandulah hati2 kami ke jalan yg diredhai oleh MU..

Sahabat2, sedarkah kita betapa jauhnya sikap kita dgn remaja2 Palestine.. teringat akan kata2 ustazh fatimah syarha, kita di sini bermalas2 utk pergi ke kuliah walaupun segala kelengkapan sudah tersedia, tp remaja2 Palestine bersemangat untk mncari ilmu walau disekat, diseksa, diseret seperti bangkai, ditangkap dan dimasukkan dlm jip tentera israel yg dibawa pergi entah ke mana..
Kita di sini, hanya berperang dgn hawa nafsu yg malas tp mereka??? mereka berperang dgn rejim bengis zionis utk mendapatkn ilmu...
jauhnya kita dgn meraka..

Kita di sini, tidak habis2 memirkirkan soal cinta, bagaimna mahu menjaga hati kekasih, dan sebagainya.. tp mereka??? Fikiran mereka hanyalah tertumpu bagaimana mahu menghapuskan israel n memperjuangkan ISLAM....
sedarkah kita betapa terlalu jauh jurang perbezaan antara kita dan mereka???

Ayuh!! bangun wahai remaja2 islam... Umat Islam tidak akan jatuh dlm lubang yang sama..Setiap manusia pasti xterlepas dr kesilapan n dosa tp, kesalahan n dosa yg dilakukan itu usah di ulang lg... Taubat n terus mara ke hadapan.. Allah sayangkn kita.. Allah mmberi kesedaran kpd kita, itu tanda DIA menyayangi kita..




Friday, August 6, 2010

madinah dlm kenangan


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Betapa saya bersyukur krn dipilih menjadi tetamu Allah.. segala pujian ke atas MU, dan selawat ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW..

8.6.2010 (lbih kurang 7.30 mlm, waktu solat maghrib) kami tiba di airport Jeddah..
berasa sangat gembira n xpercaya apabila sampai di sana.. Seperti saya sedang bermimpi! dan mimpi saya menjadi kenyataan... Alhamdulillah...Segala pujian n syukur dipanjatkan krn selamat dlm perjalanan tanpa sebarang kesulitan, ternyata Allah menolong kami n memudahkn segala urusan.. terima kasih ya ALLAH.. kemudian, kami bertolak ke Madinah menaiki bas, yg perjalanan memakan masa lebih kurang 6jam.. Alhamdulillah.. terasa sgt letih dan tertido dlm bas, tanpa sempat menikmati keindahan ciptaan Allah di sepanjang perjalanan menuju ke Madinah.. tringat kisah2 nabi n para sahabat dulu,yg hanya menunggang unta di atas padang pasir yang gersang n sgt panas.. SUBHANALLAH! Hebatnya mereka..

Sampai di Madinah lebih kurang pkul 3 pg.. Check in hotel n berehat di sana sementara menunggu Subuh (lebih kurang 4 pg waktu Subuh di sana) Alhamdulillah sekali lg, bersyukur sbb dpt hotel yg sgt selesa n dekat dgn masjid Nabawi..terima kasih YA RABB..

saya n family brada di Madinah hanya 4 hari.. walaupun trasa berat, sgt sedih nk meninggalkan bumi
mulia ini, tp ku pujuk jua hati utk bertolak ke Makkah Al Mukarramah, tempat agung lg mulia
utk membuat ibadah umrah.. hati teruja utk berada di rumahMU YA RABB... sedih meninggalkan kota Madinah,
tp sangat excited utk menuju rumah Allah n menatap KAABAH asy syarifah di depan mata...
Alhamdulillah, terasa terharu n bersyukur di beri peluang utk menziarah tempat2 sejarah peninggalan
para anbiya' terdahulu..

tempat2 yg di ziarah sekitar madinah :



ladang kurma...



Jabal Uhud


Masjid Quba'


Sejarah

Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.

Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.

Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.

Kelebihan

Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.

Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah)".

Kami berkesempatan menunaikan solat dhuha di Masjid Quba' ini... Alhamdulillah, terima kaseh ya Allah.. terlalu byk nikmat yg Kau kurniakan! Malu dgn diri sendiri, amalan yang xseberapa tp masih di beri nikmat dr Allah... Allah... Allah.. Allah..



Hotel asy syurfah

masjid nabawi...



terlalu merindui Masjid Nabawi........ Hanya Allah saja mengetahui sakitnya rindu ini.. sakit yang menjadi nikmat
mungkin.. Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakbar!

Thursday, August 5, 2010

Nama mu kah yg tercipta di luh mahfuz...


Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti


Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang
sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya
kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.

[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang
ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha
Adil)

[Hud: 56]


usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan
sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun
kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa
sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan
Allah kepadamu

[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah
perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui

[Fussilat:36]


Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa~~

sumber : copy paste dr fesbuk org.. :))