Friday, August 6, 2010

madinah dlm kenangan


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Betapa saya bersyukur krn dipilih menjadi tetamu Allah.. segala pujian ke atas MU, dan selawat ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW..

8.6.2010 (lbih kurang 7.30 mlm, waktu solat maghrib) kami tiba di airport Jeddah..
berasa sangat gembira n xpercaya apabila sampai di sana.. Seperti saya sedang bermimpi! dan mimpi saya menjadi kenyataan... Alhamdulillah...Segala pujian n syukur dipanjatkan krn selamat dlm perjalanan tanpa sebarang kesulitan, ternyata Allah menolong kami n memudahkn segala urusan.. terima kasih ya ALLAH.. kemudian, kami bertolak ke Madinah menaiki bas, yg perjalanan memakan masa lebih kurang 6jam.. Alhamdulillah.. terasa sgt letih dan tertido dlm bas, tanpa sempat menikmati keindahan ciptaan Allah di sepanjang perjalanan menuju ke Madinah.. tringat kisah2 nabi n para sahabat dulu,yg hanya menunggang unta di atas padang pasir yang gersang n sgt panas.. SUBHANALLAH! Hebatnya mereka..

Sampai di Madinah lebih kurang pkul 3 pg.. Check in hotel n berehat di sana sementara menunggu Subuh (lebih kurang 4 pg waktu Subuh di sana) Alhamdulillah sekali lg, bersyukur sbb dpt hotel yg sgt selesa n dekat dgn masjid Nabawi..terima kasih YA RABB..

saya n family brada di Madinah hanya 4 hari.. walaupun trasa berat, sgt sedih nk meninggalkan bumi
mulia ini, tp ku pujuk jua hati utk bertolak ke Makkah Al Mukarramah, tempat agung lg mulia
utk membuat ibadah umrah.. hati teruja utk berada di rumahMU YA RABB... sedih meninggalkan kota Madinah,
tp sangat excited utk menuju rumah Allah n menatap KAABAH asy syarifah di depan mata...
Alhamdulillah, terasa terharu n bersyukur di beri peluang utk menziarah tempat2 sejarah peninggalan
para anbiya' terdahulu..

tempat2 yg di ziarah sekitar madinah :



ladang kurma...



Jabal Uhud


Masjid Quba'


Sejarah

Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.

Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.

Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.

Kelebihan

Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.

Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah)".

Kami berkesempatan menunaikan solat dhuha di Masjid Quba' ini... Alhamdulillah, terima kaseh ya Allah.. terlalu byk nikmat yg Kau kurniakan! Malu dgn diri sendiri, amalan yang xseberapa tp masih di beri nikmat dr Allah... Allah... Allah.. Allah..



Hotel asy syurfah

masjid nabawi...



terlalu merindui Masjid Nabawi........ Hanya Allah saja mengetahui sakitnya rindu ini.. sakit yang menjadi nikmat
mungkin.. Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment