Friday, May 14, 2010

cintaku..

Apa matlamat saya utk masa akan datang??
mmm.. ^_~
1. ingin menjadi hamba yg taat dan patuh dgn perintah ALLAH.. Sentiasa berusaha menjadi hamba yg beriman dan bertaqwa, InsyaAllah..
2. ingin menjadi anak solehah, penyejuk hati mak&ayah, nk jaga mak ayah sebaik mungkin.. aamiin
3. nk sambung blajar lg...
4. ingin menjadi isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran suami.. nasihat suami dijadikan pakaian, kesalahan suami dibetulkan, penghibur suami di waktu kesusahan.. aminn.. ^_^
5. ingin menjadi ibu solehah n mithali pd anak2...

Setiap org impikan yang terbaik dlm kehidupan, tetapi tiada manusia yg sempurna, tiada manusia yang sunyi dari masalah dan kesempitan melainkan manusia itu sentiasa bersyukur atas segala yang di perolehinya..
Saya yakin, setiap org pernah mengalami keadaan sukar, keadaan buntu, terasa lemah utk terus hidup, terasa sunyi, berasa tertekan, marah, sedih, tetapi ingat,itulah hakikat kejadian kita di atas muka bumi ini.. Utk di uji dan di nilai supaya kita mendapat balasan di akhirat kelak..
Oleh itu, redhalah dgn segala ketentuanNya.. Yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita keseorangan, serahkanlah segalanya pd Allah yang maha mengetahui segala sesuatu yg tersembunyi, tersurat dan tersirat..
Yakinlah, pasti ada jalan keluar pada setiap masalah dan kesusahan.. kerana Allah telah berjanji, barangsiapa yg bertawakkal pada Allah, pasti baginya jalan keluar.. sabarlah pada setiap ujian kerana itu mendekatkan kita pada Allah, menguatkan rasa cinta padaNYA..
Senyumlah.. senyum kerana terluka, menangis kerana takutkanNya.. =')

Thursday, May 13, 2010

bidadari

"Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga"

sedih bila dengar lagu nie.. ='(
xlayak nk mnjadi bidadari di syurga nnt, tp takut utk masuk nerakaMU YA ALLAH..
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai MU lebih dari segala2nya..


soal hati..

hati

Lemahnya iman.. lemahnya diri..seringkali menangis bukan menyesali dosa-dosa lalu.. tp menangis kerana terlalu takut untuk meninggalkan dosa.. Ya Allah, punya ruangkah lagi utk hambaMu ini bertaubat.. terlalu malu utk menghadap MU, membawa terlalu banyak dosa.. Ya Allah, pimpinlah aku ke jalan yang diredhai.. Sucikanlah hati ini dari segala noda... ya ALLAH, ampunilah dosaku.....

Wednesday, May 12, 2010

ibu yg tercinta..

saya sayang ibu saya

xkira la apa jua status ibu di dunia ini, ibu kandung, ibu tiri, ibu angkat, semuanya hebat kerana bergelar ibu...saya sangat mengagumi semua yg bergelar ibu...
hebatnya seorang ibu...
saya akan sedaya upaya utk menghormati semua wanita yg bergelar ibu, kerana saya sangat mengagumi insan yg bernama ibu, mak, ummi, mama, n suma panggilan yg membawa erti seorang ibu..
Hormatilah mereka, sayangilah mereka.. pengorbanan mereka xternilai banyaknya.. ibu berhak utk dihormati n disayangi walau seteruk manapun mereka, sejahat manapun mereka, kerana dia adalah insan yg bergelar IBU..
Teringat saya pada wajah ibu yg tercinta.. saya terlalu menyayangi ibu saya... ibu terlalu istimewa di mata saya.. wlau bukan seorang yg berpendidikan tinggi, tp kehebatan ibu mampu mendidik kami adik beradik membuatkan saya mengaguminya....
susah payah ibu membesarkan kami, membuatkan saya terfikir mampukah kami adik beradik menjaga ibu sebaik ibu menjaga kami...
Ya Allah, jadikanlah aku anak solehah...

jatuh cinta utk memasak..

ikan siakap 3 rasa

Hari ni kali ke2 try masak siakap 3 rasa.. sangat membanggakan (puji diri sendiri supaya lebih bersemangat utk masak) hehehe.. ^_~
kali pertama masak umah k.ilah sbb k.ilah xbrapa sihat hari 2.. saya nk kongsi cara2 memasak ni, silakan puan2 sediakan pen n kertas ya..
bahan-bahannya:
ikan siakap - di goreng dgn tepung jagung + garam (supaya xlembik)
sos tomato, sos tiram,sos cili , kiub pati ayam
bawang putih dipotong dadu
2biji tomato (diblender)
1/2 biji nenas di potong dadu (rebus ngn air + gula)
sayur2 yg lain bleh di tambah ya seperti cendawan butang, bunga kubis n so on..
cara memasak:
panaskan minyak, tumiskan bawang putih, masukkan tomato yg telah di blend td,masukkan kiub ayam, masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili, n last sekali nenas yg di potong dadu td..kemudian puan2 leh rasa la, kalo xckup pape tmbah gula+garam secukup rasa..kalo nk pedas, tmbah la sos, kalo ada anak2 kecil, lebih baik, kurangkan pedas.. =') sesuai dimakan utk semua golongan..
selamat beramal.. hehe =)

Tuesday, May 11, 2010

hati kasih...

tiada apa yg paling bahagia, melainkan dapat meraih keredhaanMU dan KASIH SAYANGMU, YA ALLAH...

entah kenapa diri ini terasa ingin mengactivekan blog semula... hampir setahun lebih saya tidak menulis di dalam blog, sebabnya?? biarlah menjadi rahsia saya (rahsia lg) ^_~
masa di rumah, terbuang tanpa di isi dengan perkara2 yang ilmiah.. ingin membaca, terasa malas untuk membaca sedangkan diri ini masih terlalu jahil.. ingin menonton tv, xberminat sangat, cite2 indon yg terlalu emosi, cite2 melayu yg stereotype je, dh bleh target ending nya.. so,blog la menjadi tumpuan saya.. muga ada kebaikannya.. =')

rindu yg x terungkap....

Hati ini merindui...
Rindu (Hijjaz)

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan