Sunday, July 4, 2010

sedikit pesanan..



sedikit pesanan dari Imam Nawawi:
"Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk solat tahajud,
juga tidak mampu berpuasa di siang hari,
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
engkau telah dihalangi untuk melakukannya
kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu."
Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah,
kerana Dia lah sebaik-baik pelindung.


Renungan buat diriku dan dirimu..
Kembara kita di jalan sehala
semakin ke penghujung,
mengalas dua bekal;
dosa dan pahala,
bakal bertemu dua persimpangan;
syurga atau neraka.


"Mudahnya mencari cinta,
tapi cinta sejati itulah yang sukar diharungi.
Mudahnya mencari bahagia,
tapi bahagia berkekalan itulah yang sukar dikecapi.
Mudahnya mencari keseronokan,
tapi keseronokan tanpa kemurkaan itulah yang sukar ditemui.
Mudahnya mencari kesedihan,
tapi kesedihan kerana Allah jarang diperoleh".


Imam Nawawi:
"Orang yang hafal quran,
tidak boleh tidur waktu orang lain tidur,
tidak boleh berseronok waktu orang lain berseronok.."


Imam Syafie:
"Ketahuilah sebesar-besar kesenangan
di dunia dan akhirat
adalah memberi maaf kepada orang lain
dan melupakan terus kesalahannya
ALLAH pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia".


Imam Syafie:
"Sesiapa yang mahu meninggalkan
dunia dengan selamat,
dia perlu mengamalkan perkara berikut,
mengurangkan tidur,
mengurangkan makan,
mengurangkan cakap,
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada".


Imam Syafie:
"Ketahuilah istighfar yang diucapkan
dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan
dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaanya".


Imam Malik:
"Apabila ditanya mengenai sesuatu perkara
halusi dan telitilah pendapat kamu dengan
pendapat orang lain,
kerana penetilian itu
menghapuskan fikiran sempit
seperti api menghilangkan kotoran emas".

Sumber: copy paste dr fesbuk org jugee ;) xsalah kn, memanjangkn pesanan yg baek2 utk peringtan dri sndiri.. :

Allah sayangkan kita :)

Tulisan ini ditujukan buat seluruh umat Islam khususnya kepada sesiapa yang berasakan dirinya seringkali tertindas dengan hukum-hakam Islam yang dianggapnya sebagai sistem perundangan yang tidak adil dan berat sebelah.


Mana tidaknya, ketika kaum Adam dihidangkan dengan kelonggaran seluas-luasnya lagak seorang raja, kaum Hawa pula diajukan dengan kesempitan, larangan dan tegahan lagaknya mereka hamba yang hina. Benarkah begitu?


Pertama-tamanya, marilah kita merenung sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. Menurut beliau, pada suatu hari, beliau dan isterinya yang tercinta, Sayyidatina Fatimah r.a pergi menghadap Nabi s.a.w dan mereka mendapati yang baginda s.a.w sedang menangis tersesak-esak. Lalu, mereka memberanikan diri bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w:


“Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"


Maka, Rasulullah s.a.w menceritakan azab yang bakal menimpa beberapa kelompok wanita di Hari Akhirat kelak. Lalu, Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya:


“Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.


Gambar Hiasan



Rasulullah menjawab:


“Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah PEREMPUAN YANG TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA DARIPADA LELAKI YANG BUKAN MUHRIMNYA.


Perempua yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.


Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.


Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI YANG BUKAN SUAMINYA dan suka mengumpat-ngumpat orang.


Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia MEMPERKENALKAN DIRNYA KEPADA ORANG ASING , BERSOLEK DAN BERHIAS SUPAYA KECANTIKANNYA ITU DILIHAT OLEH LELAKI LAIN.


Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan diajukan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub).


Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.


Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.



Muslimin muslimat yang dikasihi Allah, marilah pula kita renungi firman Allah ta’ala (yang bermaksud):


“Katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (kerana) yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.” [AnNur 24:30]


“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) terlihat (iaitu muka dan kedua tapak tangan). Dan hendaklah mereka munutup kain tudung ke dadanya…dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan…” [AnNur 24:31]


“Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” [al-Ahzab 33:32]



Dalil-dalil di atas merupakan garis etika pergaulan sesama muslimin dan muslimat; dan bagaimanakah seharusnya kita yang bernama umat Islam berhias diri (khususnya bagi kaum wanita) dan bertutur dengan sesiapa yang bukan mahram dengan kita.

Gambar Hiasan


Misalnya, di dalam surah An-Nur ayat ke-31, Allah ta’alaa dengan jelas memerintahkan kepada kaum wanita supaya menutup aurat sepenuhnya (kecuali muka dan kedua tapak tangan). Hal ini termasuklah dengan melabuhkan kain tudung ke dada. Sebagai kaum wanita, anda pastinya lebih maklum mengapakah Allah memerintahkan hal yang demikian.


Ya, semestinya bagi memelihara kehormatan dan kemuliaan diri anda yang sudah sediakala terhormat dan disanjung tinggi di sisi Islam sehinggakan Rasulullah s.a.w sendiri menitiskan air mata ketika terkengkan diri anda. Hal ini sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya yang lain (yang bermaksud):


“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab; yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali; lantaran itu mereka tidak diganggu; (ketahuilah bahawasanya) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang” (al-Ahzab: 59)


Ketahuilah wahai kaum muslimat, sesungguhnya, kami yang bernama lelaki selalu berasa cemburu dengan perhatian-perhatian khusus yang diberikan Rasulullah s.a.w dan Allah kepada anda.


Di samping itu, Allah juga memerintahkan kepada anda yang bernama wanita supaya tidak menghentakkan kaki agar tidak menarik perhatian kaum lelaki. Melalui ayat ini, dapatlah difahami kedudukan pemakaian gelang kaki dan kasut tumit tinggi yang biasanya menghasilkan bunyi yang mampu menarik perhatian kaum lelaki.


Melalui ayat ini juga, kita dapat membuat satu kesimpulan bahawa semua aktiviti dan perbuatan yang mampu menarik perhatian kaum lelaki ditegah oleh agama. Hal ini termasuklah menyiarkan wajah dan susuk tubuh anda di laman sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan yang seangkatan dengannya dengan gaya yang mampu menarik perhatian mata-mata liar insan yang bernama lelaki.


Sekilas pandang, mungkin terdetik di hati anda perasaan seolah-olah Islam selalu mendeskriminasi diri anda dengan mengenakan seribu satu larangan dan tegahan. Tetapi, sebenarnya tidak. Bahkan, Islam sedang memuliakan kedudukan kaum wanita dengan memerintahkan anda supaya sentiasa menjaga kehormatan diri agar tidak sewenang-wenangnya dijadikan objek seks dan dieksploitasi oleh sesetengah lelaki yang berhati “buaya”.


Gambar Hiasan



Dan kerana itu jugalah Allah ta’ala memerintahkan kepada kita baik yang bernama lelaki mahupun yang bernama wanita agar kita sama-sama menjaga pandangan daripada sesuatu yang tidak sepatutnya dipandang.


Begitu juga halnya dengan hadis-hadis Nabi s.a.w yang banyak menceritakan tentang azab-azab yang akan menimpa kaum Hawa; seolah-olah anda tersangatlah jahat jika dibandingkan dengan kaum Adam.


Sebenarnya, bukan begitu. Hadis-hadis ini sebenarnya tanda kasih-sayang Allah dan RasulNya kepada kalian yang bernama wanita. Kalian sudah diberitahu jalan-jalan yang mampu membawa diri kalian ke neraka. Jadi, semestinya insan sebijak anda tidak akan lagi memilih jalan-jalan yang akan menjerumuskan diri anda ke lembah kebinasaan. Bukankah begitu?


Lagipun, bukankah berpakaian menutup aurat berpandukan syariat lebih mudah untuk ditaati berbanding dengan mengikuti perkembangan fashion semasa yang hanya akan merendahkan kedudukan anda di sisi manusia dan Tuhan? Perhatikan firman Allah yang berikut (yang bermaksud):


"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu (jika tidak mempunyai sebarang keperluan yang mendesak) serta janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya; sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "Ahlul Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)." [al-Ahzab 33:33]


Menurut ayat di atas, budaya bersolek di sisi Allah adalah budaya kaum jahiliyyah. Bukankah kaum wanita sentiasa mahu ke hadapan dalam segala bidang termasuklah dalam berhias? Jadi, bagaimanakah cara berhias wanita solehah yang bijak dan bertamadun di sisi Allah?


Begini caranya. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mendapatkan sepasang baju kurung longgar yang diperbuat daripada kain yang tidak terlalu nipis atau memadai dengan sehelai jubah. Dipadankan pula dengan sehelai kain tudung yang labuh sehingga menutupi paras dada.


Gambar Hiasan



Jika anda mahu memakai t-shirt pun boleh juga (seperti untuk menyertai aktiviti riadah sesama wanita di kawasan yang tertutup dari pandangan kaum Adam). Cuma pastikan yang t-shirt pilihan anda itu berlengan panjang (menutupi seluruh tangan dari bahu hingga pergelangan tangan), longgar, labuh sehingga menutupi paras punggung dan dipadankan dengan seluar yang juga longgar, menutupi seluruh kaki anda (tidak mendedahkan betis, etc) dan tidak mengikut bentuk badan anda. Tetapi, tudung rambut yang labuh menutupi dada jangan pula ditinggalkan.


Make-up? Lupakan semua itu. Lupakan lipstick, eye shadow, dan yang seangkatan dengannya kerana anda sememangnya telah dikurniakan oleh Allah dengan paras yang indah berseri.


Berbanding dengan menghabiskan duit untuk mendapatkan fashion yang up-to-date (di sisi orang-orang kafir), make up tebal, mendedahkan bahagian tubuh badan tertentu, mewarnakan rambut, meluruskan rambut dengan memakai shampoo itu dan ini atau mencuba pelbagai kaedah rawatan rambut…semuanya dibuat semata-mata mahu kelihatan cantik menurut “piawaian” tertentu yang ditetapkan oleh sesetengah kaum lelaki yang hanya mahukan anda menjadi hamba pemuas nafsu serakah mereka.


Jawablah dengan jujur…mana satukah yang lebih mudah?


Bukankah anda pengguna yang bijak?


Renung-renungkan dan selamat beramal…


Gambar Hiasan
(sumber : husnul fikri)