Saturday, June 26, 2010

wahai puteriku..





Puteriku..
Dengarlah bicara dari hatiku..

Benar bahawa lelakilah yg memulai langkah pertama dalam lorong dosa,
tetapi bila engkau tidak setuju,
lelaki itu tidak akan berani,
dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu,
lelaki tidak akan bertambah parah..
Wanitalah yg membuka pintu, seolah kau katakan kpd si pencuri : silakan masuk, silakan....
Apabila telah dicuri, kau berteriak : Pencuri! Tolong! tolong! saya dicuri!

Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya..

Demi Allah begitulah, jangan kau mudah percaya apa yg dikatakan lelaki,
kebanyakan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya..
Ia akan berbicara kpdmu sebagai seorang sahabat..
Demi Allah dia telah berbohong!!

Senyuman yg diberikan pemuda kpd mu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya,
semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa akan terjadi??

Kalian berdua sesaat berada dlm kenikmatan,
kemudian kau ditinggalkan dan selepas itu selamanya merasai penderitaan akibat kenikmatan itu..
Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan..
Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban,
masyarakat tidak akan menghampirimu...


Puteriku,
Cita-cita tertinggi wanita adalah perkahwinan..
Bagaimana tinggi pun sosial kekayaan, karier, populariti, prestasinya, namun paling sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkan adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia..

Tiada seorang lelaki pun mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki berhidung belang,
Apabila akan berumah tangga, dia akan memilih wanita yang baik, kerana dia tidak rela suri rumah tangganya dan ibu putera puterinya adalah wanita yang tidak baik..

Ayuh wanita-wanita yang baik, kita perlu sedar!!
Mengapa kita tidak berusaha membanteras malapetaka ini...??

kitalah yang lebih patut dan lebih mampu daripada kaum lelaki untuk melakukan usaha itu kerana kita lebih mengerti bahasa wanita.. Dan kitalah yang paling rapat sesama mereka..

Puteriku,
Kehormatanmu terletak di tanganmu,
Keruntuhan juga di tanganmu...


adaptasi daripada buku "wahai puteriku" oleh Ali Thantawi

No comments:

Post a Comment