Thursday, August 12, 2010
palestine...
Friday, August 6, 2010
madinah dlm kenangan
Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Kelebihan
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.
Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :
“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah)".
Kami berkesempatan menunaikan solat dhuha di Masjid Quba' ini... Alhamdulillah, terima kaseh ya Allah.. terlalu byk nikmat yg Kau kurniakan! Malu dgn diri sendiri, amalan yang xseberapa tp masih di beri nikmat dr Allah... Allah... Allah.. Allah..
Thursday, August 5, 2010
Nama mu kah yg tercipta di luh mahfuz...
Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar
"i've leave him for the sake of Allah"
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti
Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang
sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya
kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]
Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya
Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang
ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha
Adil)
[Hud: 56]
usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!
Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan
sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun
kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa
sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan
Allah kepadamu
[Fussilat:30]
Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah
perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui
[Fussilat:36]
Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa~~
Sunday, July 4, 2010
sedikit pesanan..
"Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk solat tahajud,
juga tidak mampu berpuasa di siang hari,
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
engkau telah dihalangi untuk melakukannya
kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu."
Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah,
kerana Dia lah sebaik-baik pelindung.
Renungan buat diriku dan dirimu..
Kembara kita di jalan sehala
semakin ke penghujung,
mengalas dua bekal;
dosa dan pahala,
bakal bertemu dua persimpangan;
syurga atau neraka.
"Mudahnya mencari cinta,
tapi cinta sejati itulah yang sukar diharungi.
Mudahnya mencari bahagia,
tapi bahagia berkekalan itulah yang sukar dikecapi.
Mudahnya mencari keseronokan,
tapi keseronokan tanpa kemurkaan itulah yang sukar ditemui.
Mudahnya mencari kesedihan,
tapi kesedihan kerana Allah jarang diperoleh".
Imam Nawawi:
"Orang yang hafal quran,
tidak boleh tidur waktu orang lain tidur,
tidak boleh berseronok waktu orang lain berseronok.."
Imam Syafie:
"Ketahuilah sebesar-besar kesenangan
di dunia dan akhirat
adalah memberi maaf kepada orang lain
dan melupakan terus kesalahannya
ALLAH pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia".
Imam Syafie:
"Sesiapa yang mahu meninggalkan
dunia dengan selamat,
dia perlu mengamalkan perkara berikut,
mengurangkan tidur,
mengurangkan makan,
mengurangkan cakap,
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada".
Imam Syafie:
"Ketahuilah istighfar yang diucapkan
dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan
dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaanya".
Imam Malik:
"Apabila ditanya mengenai sesuatu perkara
halusi dan telitilah pendapat kamu dengan
pendapat orang lain,
kerana penetilian itu
menghapuskan fikiran sempit
seperti api menghilangkan kotoran emas".